Geneva Touring Dan Acustica – Speaker Retro Pada Harga Bermula RM599

Lanjutan daripada pengenalan speaker Ultimate Ears Wonderboom dan JBL audio oleh Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd semalam, syarikat tersebut juga mengambil kesempatan memperkenalkan satu lagi jenama speaker yang berasal dari Switzerland iaitu Geneva kepada para pengguna di Malaysia.

Konsep yang dibawakan Geneva hari ini lain daripada yang lain kerana ia menawarkan sebuah speaker hi-fi yang berbentuk ala-ala retro. Speaker dengan rekaan klasik ini dalam masa yang sama mampu memberikan kualiti suara yang tinggi kepada pengguna malah ia turut dilengkapi dengan teknologi perkakasan yang terkini.

Bagi pengguna yang inginkan sebuah speaker Geneva bersaiz kecil dan kompak, boleh dapatkan Geneva Touring/xS pada harga RM599 atau Touring/S yang berharga RM749.

(kiri) Geneva Touring/S dan (kanan) Geneva Touring/xS

Sementara pengguna yang berminat untuk mendapatkan ‘kotak suara’ yang lebih besar, mereka boleh mendapatkan Touring/M dengan harga RM1,099 atau terus memilih Touring/L yang bernilai RM1,499. Selain daripada itu, Geneva Acustica juga ditawarkan dengan harga RM1,099 sebuah.

(kiri) Geneva Touring/L dan (kanan) Geneva Touring/M
(kiri) Geneva Acustica dan (kanan) Geneva Touring/L

Anda boleh layari laman rasmi Hot Gadgets untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk serta lokasi penjualan.

You might also like