
Umum mengetahui perkhidmatan pengangkutan Uber akan menghentikan perkhidmatan mereka bermula 8 April 2018 ini. Terbaru muncul satu lagi perkhidmatan pengangkutan yang dikenali sebagai MyCar.
Sebenarnya MyCar sudah beroperasi di Malaysia bermula 1 Februari yang lepas yang dimiliki sepenuhnya oleh Platform Apps Sdn Bhd. Dilihat sebagai pencabar terdekat Grab, MyCar terkini telah merekodkan lebih 5,000 rakan pemandu dan 15,000 pelanggan MyCar telah berdaftar sebagai pengguna selepas dua bulan beroperasi.
Selain itu, MyCar juga menekankan aspek harga tambang yang berpatutan dan sebagai contoh, MyCar kini menawarkan harga terendah ke KLIA iaitu RM55 sahaja berbanding platform lain iaitu RM65 (tidak termasuk bayaran tol).
MyCar telah menggabungkan perkhidmatan Teksi di dalam Platform MyCar sebagai menyahut seruan kerajaan. MyCarCab membolehkan pelanggan menempah perkhidmatan teksi sahaja atau MyCarNow pula mencari kenderaan paling dekat dan cepat sama ada teksi (MyCarCab) ataupu kenderaan peribadi (MyCarEconomy).
Muat turun aplikasi MyCar