
Skor GeekBench Terdedah?! Apple A13 Mencapai Single-Core 5415 & Multi-Core 11294!
Hanya tinggal beberapa hari sahaja seluruh dunia akan menyambut ketibaan iPhone 11 pada 10 September (waktu tempatan 11 September, 1am), seperti biasa pelbagai ketirisan sama ada spesifikasi atau reka bentuk telah dikongsikan di laman sesawang.
Terkini, dipercayai ujian benchmark cip Apple A13 terdedah di laman GeekBench dengan skor mencapai 5415 bagi single-core dan 11294 bagi multi-core. Daripada skor ini jelas nampak peningkatan yang agak banyak pada cip A13 berbanding A12, di mana sebanyak 12.7% lebih tinggi pada single-core dan 1.47% pada multi-core.
Mengikut info terdedah sebelum itu, cip A13 berkemampuan mengurangkan kuasa sebanyak 10% dan meningkatkan prestasi sebanyak 7%. Di samping itu, iPhone 11 yang bakal diperkenalkan akan menggunakan cip Apple 13 yang diberi kod nama Cebu, model adalah T8030.

