Filem Pendek Acer Memenangi Red Dot Award – Juara Dalam Rekaan Komunikasi 2017

Satu acara berprestij Red Dot Award 2017 yang diadakan di Taipei, Taiwan baru-baru ini telah mengumumkan dua filem pendek Acer telah memenangi anugerah dalam kategori Rekaan Komunikasi (Communication Design 2017). Dua filem itu ialah Making Dream Possible dan The Predator 21 X Design Story.

Presiden Pemasaran Korporat, Tiffany Huang berkata, Acer telah menunjukkan komitmen dalam rekaan dan kreativiti serta bertanggungjawab dalam membangunkan inovasi semasa.

Making Dream Possible

Filem pendek ini merupakan adaptasi daripada cerita sebenar tiga anak muda dari Filipina, China, dan Selatan Afrika dengan pelbagai latar belakang masing-masing. Mereka juga berkongsi aspirasi bagaimana mereka meningkatkan komuniti di tempat tinggal mereka. Kini, dengan bantuan Acer impian mereka hampir menjadi kenyataan.

The Predator 21 X Design Story – Facing Challenges Head On

Filem pendek kedua ini pula ialah video komersial sebuah komputer riba permainan Acer Predator 21 X, sebuah peranti berteknologi tinggi khusus untuk pemain e-sukan. Efek-efek grafik yang disuntng didalam video ini sememangnya gempak.

Anugerah Red Dot telah disertai oleh 8,000 penyertaan dari 50 negara seluruh dunia dan setiap pemenang dipilih melalui undian juri yang berpengalaman.

You might also like