Celcom Melancarkan Pelan Pascabayar Terbaru Dengan Data Sehingga 200GB

Celcom hari ini memperkenalkan dua pelan pascabayar terbaru yang mensasarkan kepada golongan yang mementingkan pengalaman internet. Pelan yang diberi nama FIRST™ Gold Supreme dan FIRST™ Platinum Plus menawarkan data internet 75GB sehingga 200GB setiap bulan.

Bagi yang inginkan pelan First Gold Supreme, anda akan diberikan 50GB data (25GB harian + 25GB mingguan), panggilan tanpa had dan yang terbaru Video Walla sebanyak 25GB dengan komitmen bulanan RM128 sahaja.

Bagaimanapun, jika anda masih merasakan ianya tidak cukup, Celcom mencadangkan pelan First Platinum Plus dengan 200GB data (100GB setiap hari + 100GB Video Walla), panggilan dan SMS tanpa had pada kadar RM188 sebulan.

Kedua-dua pelan ini menawarkan WhatsApp dan Wechat percuma tanpa had, Yonder Music tanpa had, selain mendapat keutamaan perkhidmatan pelanggan melalui talian 1881.

Menerusi pelan ini, pelanggan kini tidak perlu bimbang mengenai data internet malah kesemua harga untuk pelan terbaru Celcom dikatakan lebih rendah berbanding telco kuning dan hijau menurut pihak Celcom.

Celcom FIRST™ Gold Supreme dan FIRST™ Platinum Plus sudah boleh dilanggan mulai hari di Blue Cube dan pusat Celcom yang berhampiran.

You might also like