
Huawei Dan Honor Memenangi Anugerah EISA 2017 – Telefon, Jam Pintar Pilihan Pengguna

Huawei selaku pengeluar ketiga terbesar dunia telah membuktikan bahawa produk mereka kini diyakini dan dipercayai ramai dengan memenangi beberapa anugerah di European Imaging and Sound Association (EISA) baru-baru ini.


Anugerah yang menfokuskan gajet dan teknologi elektronik ini telah menjadikan produk seperti Huawei P10 muncul sebagai juara Best Product 2017-2018 dalam kategori Telefon Kamera. Selain itu, Honor 8 Pro pula turut mengungguli takhta sebagai Produk Terbaik Pilihan Pengguna untuk 2017-2018.

Disamping itu, jam tangan pintar Huawei Watch 2 juga telah mendahului Best Produk 2017-2018 dalam segmen Peranti Boleh Pakai. Huawei berpendapat ketiga-tiga kejayaan dikecapi ini adalah hasil daripada usaha dan kerja keras setiap kakitangannya.
Maka dengan ini, Huawei sangat komited dalam memberikan produk yang terbaik kepada pengguna sekaligus mensasarkan lebih banyak anugerah di tahun-tahun mendatang.

