

Dua pelanggan perbankan dalam talian yang membayar bil mereka menggunakan perkhidmatan JomPAY telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama bagi kempen ‘Fire this baby up: JomPAY like a champion and WIN!’. Setiap pemenang hadiah utama akan memandu pulang sebuah Mini John Cooper Works 3-Pintu Edisi Terhad bernilai RM284,000.
Dua pemenang hadiah utama adalah Puan Amizah Desa yang berusia 39 tahun dan Encik Sa’adullah Che Noor yang berusia 58 tahun telah dipilih sebagai pemenang dengan masing-masing membayar bil Astro dan SYABAS.

Pada 23 April 2018, Payments Network Malaysia (PayNet) yang mengendalikan JomPAY, telah melancarkan kempen ‘Fire This Baby Up: JomPAY like a champion and WIN!’ dengan kerjasama bank-bank di Malaysia, menawarkan hadiah berjumlah RM1,100,000 termasuk dua buah kereta Mini John Cooper Works 3-Pintu Edisi Terhad, dan juga rebat bulanan dan mingguan.
Kempen ini bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna perbankan dalam talian yang membuat bayaran JomPAY pada bila-bila masa di mana-mana sahaja menerusi Internet dan Perbankan Mudah Alih atau ATM bank pilihan mereka.
Baca juga:

