
Digi dan iFlix menawarkan akses percuma selama 3 bulan kepada pengguna pelan pra-bayar Digi apabila mereka mengaktifkan akaun iFlix bermula dari sekarang sehingga 20 September 2016.
Antara kelebihan yang dinikmati pengguna Digi apabila mengakses iFlix melalui tawaran ini adalah :-
- Akses tanpa had kepada pelbagai jenis hiburan yang disediakan iFlix dalam bentuk rancangan realiti, siri TV, filem blockbuster dan pelbagai kandungan lain.
- Mengakses iFlix menggunakan sehingga 5 peranti dalam satu masa.
- Muat turun rancangan kegemaran ke dalam peranti untuk tontonan luar talian.
- Berkongsi langganan dengan ahli keluarga dan rakan.
Jadi jika anda seorang pengguna pra-bayar Digi, tunggu apa lagi, rebut peluang ini dan tonton rancangan kegemaran anda dengan mudah pada bila-bila masa anda mahu. Ingat tawaran pengaktifan akaun iFlix melalui Digi hanya aktif sehingga 20 September ini sahaja.

