Nexus Berkubur, Dijelmakan Semula Dalam Pixel

1

Nama Nexus akan menjadi sejarah selepas ini kerana Google akan melakukan proses penjenamaan semula kepada barisan peranti dengan sistem operasi asli menggunakan nama Pixel. Jadi bagi pemilik Nexus 6P dan 5X, anda merupakan pemilik generasi terakhir keluarga Nexus dan pastinya model tersebut akan menjadi nostalgia kelak.

2Diberitakan bahawa HTC yang mengendalikan proses penghasilan peranti tersebut tidak akan meletakkan apa-apa logo HTC pada peranti berkenaan. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, HTC akan bertanggungjawab menghasilkan dua peranti untuk Google yang diberi kod nama Marlin dan Sailfish, kod nama tersebut hanyalah nama rujukan dan ianya bukan sesuatu yang pasti. Maklumat terbaru mengatakan bahawa kedua-dua peranti tersebut berkemungkinan besar akan diberi nama Pixel dan Pixel XL.

 

You might also like