
Selaku penyedia rangkaian data terunggul di Malaysia, Celcom telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menjalin usaha sama dalam memupuk kecemerlangan akademik dan keusahawanan melalui pendigitalan.
Menerusi MoU ini, Celcom bakal mewujudkan pelbagai peluang keusahawanan serta kerjasama strategik untuk latihan praktikal, pembangunan modul berasaskan e-pembelajaran keusahawanan dan memperkenalkan kepada para pelajar UMK kemahiran strategi pemasaran atas talian dan platform jual-beli digital.
Selain itu, Celcom juga akan menambah baik perkhidmatan rangkaian data dengan menyediakan hotspot 4G dan Wi-Fi untuk lebih 10,000 mahasiswa di tiga cawangan kampus UMK; di Bachok, Jeli dan Pengkalan Chepa. Langkah ini adalah untuk mengalakkan para pelajar untuk memulakan perniagaan secara atas talian (e-Usahawan) dapat dijalankan dengan lancar.

