Maxis Melancarkan Program Tanggungjawab Korporat Perdana, Maxis eKelas

1

Hari ini, Maxis telah mengambil langkah penting dalam misinya mengarus-perdanakan pendidikan digital untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran Maxis eKelas. Program ini memanfaatkan teknologi dan Internet, ia adalah inisiatif pendidikan digital selepas waktu persekolahan biasa bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di pinggir dan luar bandar Malaysia. Tumpuan program ini adalah pada mata pelajaran kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, bagi tingkatan 1, 2 dan 3.

2eKelas membawakan konsep pembelajaran yang menarik dan menghiburkan melalui kandungan digital dan guru berpengalaman. eKelas merapatkan jurang jarak di antara guru dan murid, ia memberikan pelajar akses segera kepada guru mata pelajran melalui video tutorial secara langsung. Maxis telah menjalankan program rintis eKelas selama setahun di lokasi-lokasi strategik seperti di Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya, kini mereka yakin bahawa eKelas mampu diperluaskan lagi dengan menetapkan misi yang lebih besar untuk tahun 2017.

https://youtu.be/vtjAvx_oWh4

Berikutan pelancaran eKelas, Maxis merancang untuk memperluaskan program ini kepada semua 118 Pusat Internet 1Malaysia di bawah jagaan Maxis, dengan tujuan mencapai 100,000 pelajar dalam masa lima tahun akan datang. Pusat Internet 1Malaysia adalah hab digital yang penting di dalam program ini, di mana di sinilah pelajar dapat menggunakan kemudahan dan mengakses kandungan digital eKelas.

Layari Maxis eKelas untuk maklumat lanjut mengenai program ini

 

 

You might also like