
Hari ini Grab melancarkan sistem GrabPay Credit, satu pilihan bayaran tanpa tunai yang boleh siisi semula nilainya melalui pelbagai sumber yang mudah didapati, sekaligus memberikan keselesaan dan ciri keselamatan kepada pengguna. GrabPay Credit membolehkan semua orang di Asia Tenggara untuk menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar dengan fungsi tambah nilai mereka melalui bank-bank tempatan, ATM dan kedai-kedai. GrabPay Credit boleh digunakan di Malaysia mulai 5 Disember dan seluruh Asia Tenggara pada minggu-minggu akan datang.
Dengan keselamatan sebagai terasnya, Grab melaksanakan standard dan prosedur terbaik untuk menjamin keselmatan transaksi dan menyingkirkan risiko dalam pembayaran. Mereka juga bekerjasama dengan bank, kedai dan juga agensi urusan transaksi wang, anatara nama dan servis yang bekerjasama di dalam sistem ini adalah Affin Bank, Am Online, Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, Public Bank, RHB Now, 7-Eleven, Kedai Mesra Petronas, MasterCard, Visa, American Express dan China Union Pay



