
Sebelum itu, eRing ada keluarkan teaser di laman Facebook mengenai model apa yang honor Malaysia bakal perkenalkan pada Februari 2018 nanti?!
Hari ini honor Malaysia telah mengumumkan “model baru” ini adalah edisi Merah (Crush Red) honor View 10, Malaysia juga adalah pasaran global yang pertama memperkenalkan warna ini. Jadi, kini terdapat 3 pilihan warna termasuk Navy Blue dan Mignight Black yang telah berada di pasaran tempatan baru-baru ini.
honor View10 hadir dengan teknologi AI, dioptimumkan dengan cipset Kirin 970, bersama storan 128GB dan RAM 6GB. Kamera utama dwi lensa 16 Megapiksel + 20 Megapiksel, kamera swafoto 13 megapiksel, paparan nisbah 18:9 bersaiz 5.99 inci HD Penuh+, pengimbas cap jari, USB Type-C dan banyak lagi fungsi menarik turut menyempurnakan honor View 10 sebagai model pilihan orang ramai.
honor View 10 Edisi Merah ini akan diadakan di pasaran tempatan pada pertengahan bulan Februari. Yang berminat, boleh layari laman Facebook honor untuk maklumat lanjut.
Reviu penuh telah dibuat sebelum ini, kalau berminat boleh klik di bawah:

