Shopee Sediakan Hadiah Sehingga RM1,000,000 Sempena Tahun Baru Cina

Membeli-belah secara atas talian kini menjadi habit rakyat di Malaysia. Jadi sekiranya anda salah seorang daripadanya, anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sempena Tahun Baru Cina ini. Dengan itu, Shopee yang merupakan platfom e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan hari ini mengumumkan kempen yang dinamakan ‘Wang bersama Shopee’.

Pelbagai hadiah menarik bernilai RM1,000,000 akan diberikan kepada anda melalui permainan ‘Fortune Ang Pao’. Anda yang ingin mengambil bahagian perlu melog-masuk aplikasi Shopee untuk mendapatkan Shopee Coin, baucar, dan 20,000 unit Tiket Emas (Golden Ticket) setiap hari bermula 15 Januari hingga 23 Februari 2018.

Tiket Emas yang diperolehi merupakan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai RM1,500, malahan hadiah utama wang tunai sebanyak RM8,888. Selain daripada itu, pengguna juga berpeluang memenangi powerbank, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Di samping itu, Shopee juga mengadakan Jualan Kilat sebanyak 5 kali sehari menerusi permainan secara langsung di Facebook Shopee. Peserta juga berpeluang untuk menerima Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes) yang mengandungi 88,888 unit Shopee Coin dan percutian ke Disneyland Hong Kong untuk dua orang. Jika anda orang yang ke 18,888 mendaftarkan diri permainan ini di Facebook, anda mungkin memenangi hadiah percutian misteri bernilai RM10,000.

Sambutan ini juga dimeriahkan dengan potongan diskaun sehingga 90% untuk barangan seperti PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili. Jika anda merupakan antara 80 pelanggan pertama, anda mungkin boleh mendapatkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live di Kuala Lumpur’. Bagi peminat bidang metafizik Cina, anda boleh membeli buku terbitan dan barangan eksklusif Dato’ Joey Yap pada harga bermula RM23 melalui kedai rasmi di Shopee.

Jika anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai kempen dijalankan, boleh layari Shopee Malaysia.

You might also like