Smartphone Tahan Lasak Land Rover

2.2_meitu_1Smartphone dari pengeluar kereta bukanlah sesuatu yang baru, namun ia masih dianggap unik kerana smartphone jenis ini mempamerkan ciri-ciri tersendiri yang dimiliki kenderaan pengeluar. Sebelum ini pengeluar seperti Lamborghini dan Bentley telah mengeluarkan smartphone mereka sendiri yang bercirikan sporty dan mewah.

Kepada mereka yang lebih cenderung kepada kenderaan tahan lasak, pada tahun hadapan Land Rover pula akan mengeluarkan smartphone tahan lasak mereka.

Land Rover meletakkan kepercayaan kepada syarikat Bullitt untuk menghasilkan smartphone tahan lasak tersebut, sebelum ini syarikat tersebut telah pun berjaya menghasilkan smartphone tahan lasak untuk syarikat Caterpillar dan ini meletakkan mereka sebagai calon terbaik bagi penghasilan peranti teknologi tahan lasak.

Land Rover dikatakan akan mengintegrasikan smartphone tersebut dengan sistem komputer kenderaan mereka, lantas menghasilkan satu ekosistem komputer kenderaan yang lebih sempurna untuk pemilik kenderaaan Land Rover.

Sumber: https://www.bullitt-group.com/press-landrover-partnership

 

You might also like