Sesuatu Yang Baru Akan Datang, Siri Mate 20 Bakal Hadir Dengan Versi Lebih Besar

Gabungan kuasa dan reka bentuk adalah ramuan unik utama yang membuatkan siri Mate 20 berjaya menarik perhatian mata dunia. Malah, kecantikan serta kesempurnaannnya juga menjadikan orang ramai tidak berhenti-henti bercakap mengenainya.

Huawei nampaknya terus memberikan kejutan apabila hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan siri Mate 20 dengan tambahan baru yang dinaik taraf kelajuan dan memori bagi menyediakan pengalaman penggunaan yang terbaik.

Dengan bayangan yang diberi Huawei iaitu ‘besar, pantas, berkuasa, dan lebih baik’, ia sekaligus memberikan petanda yang mana siri Mate 20 dengan versi lebih besar bakal hadir ke pasaran tempatan. Pun begitu, Huawei nampaknya masih terus berteka teki mengenai penawaran ini. Jadi, sama-sama kita tunggu!

You might also like