
Penawaran kemas kini EMUI 9.0 pada peranti HONOR ini telah disahkan oleh HONOR Malaysia, yang mana pengguna HONOR View10, HONOR 10 dan HONOR Play akan menerima kemas kini EMUI 9.0 yang berasakan Android 9.0 Pie secara peringkat.
EMUI 9.0 terbaru ini menawarkan sebilangan penambahbaikan antaranya antaramuka yang lebih ringkas, sistem operasi yang lebih lancar, navigasi berasaskan gesture dan banyak lagi ciri-ciri baharu. Di samping itu, kemas kini kali ini juga menyokong penambahbaikan pada GPU Turbo 2.0.
Baca Juga:
- Honor View10 Masih Kekal Sebagai “Peranti Induk Paling Mampu Dimiliki”
- honor 10 : 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai ‘Flagship Killer’ Ini…
HONOR View10 adalah peranti pertama yang telah menerima kemas kini EMUI 9.0, sementara HONOR 10 akan menerima kemas kini sekitar 20 Disember 2018, dan seterusnya giliran HONOR Play.
Anda boleh membuat semakan kemas kini di paparan Settings > About Phone > System Update.
__________________________________________
Artikel Berkaitan:
- Reviu Eksklusif (Bah 1): honor View 10, Peranti Serba Lengkap Dengan Cip Prestasi Tinggi
- Reviu Eksklusif (Bah 2): honor View 10, Telefon Pintar Flagship Mampu Milik!
- Reviu Eksklusif: Honor 10, Kamera Terbaik Setakat Ini Dihasilkan Oleh Honor!
- Reviu Eksklusif: Honor Play – Peranti Gaming Khas Untuk Semua, Berbaloi Dibeli!
- Reviu Eksklusif: Honor Play, Bukan Sekadar Peranti Gaming. Kamera? Not Bad…

