Honor View10 Masih Kekal Sebagai “Peranti Induk Paling Mampu Dimiliki”

Jenama Honor di Malaysia telah menjadi jenama yang paling diberi perhatian sejak enam bulan kebelakangan ini oleh para pengguna dan media. Mengapa jenama ini diberi perhatian disebabkan Honor telah menunjukkan sesuatu yang positif dalam pasaran telefon pintar di Malaysia. Setiap kali telefon pintar Honor diperkenalkan, ia mampu memberi saingan kepada jenama lain, lebih-lebih lagi harga yang dipasarkan sangat berpatutan. Mungkin pada penggal pertama tahun 2017 jenama ini agak dingin, tetapi selepas melakukan debut pada lewat tahun lepas jenama ini semakin hangat diperkatakan terutamanya pengguna daripada berbangsa Melayu.

Bila sebut jenama Honor, ia sudah dikenali di seluruh Malaysia. Ini sebahagian daripada pemasaran yang dilakukan di dalam VMALL – sebuah gedung e-dagang yang menjual peranti khususnya jenama Honor. Sehingga kini, peranti yang paling laris dijual oleh VMALL ialah Honor 3C, diikuti Honor 6 Plus, seterusnya peranti pertama dengan 15-lapisan gelas yang ditempa, dan akhirnya peranti khusus untuk Gaming Mobile Legend, Honor 8 Pro.

Laman rasmi vmall

Laman jualan atas talian VMALL sebenarnya amat mudah digunakan kerana pelanggan tidak perlu membuang masa dan membazir petrol untuk ke kedai fizikal. Hanya meletakkan pesanan dan membuat pembayaran, peranti yang dipesan akan sampai di depan pintu rumah dalam masa yang singkat serta dijamin selamat.

 

Honor View10 – Peranti Paling Pintar Keluaran Honor

Selepas beberapa produk telah laris dijual seluruh Malaysia, pihak Honor pula menampilkan Honor View10. Sebuah peranti yang paling canggih setakat ini dihasilkan pasukan Honor dengan kerjasama tangan ‘luar’ dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D). Ya, selepas empat tahun meneroka dan melabur, akhirnya Honor berjaya menghasilkan peranti dengan teknologi kecerdasan-buatan (AI). Ciri ini sebenarnya membolehkan pengguna berinteraksi dengan robot terbina-dalam untuk melakukan tugasan harian dalam semua aspek. Ciri pintar yang dihasilkan Honor membolehkan peranti memproses kandungan sama seperti manusia berfikir.

Honor View10 telah diangkat sebagai telefon ‘kehormat’ sesuai pada nama yang digunakan Honor sendiri. Pengguna Honor View10 kini diberikan akses untuk berada di barisan hadapan dalam teknologi telefon pintar – tidak seperti pengguna lain yang masih berada di takuk lama dengan peranti tradisional yang masih menggunakan cip pemproses tanpa pembelajaran mesin.

 

Dibina Khas Untuk Para Gamer

Salah satu fungsi AI yang terdapat pada Honor View10 ialah keupayaannya dalam permainan mudah alih. Menurut kajian yang dilakukan, setiap pengguna telefon pintar di seluruh dunia menghabiskan masa selama 1-2 jam sehari hanya untuk bermain game. Kebanyakan golongan muda yang gemar bermain game tidak boleh dipisahkan dengan dunia media sosial mereka. Oleh itu, dengan Honor View10, golongan ini diberikan kebebasan untuk bermain game tanpa diganggu mesej dan notifikasi yang boleh menjejaskan prestasi permainan. Memang benar, perkara ini sangat menjengkelkan kerana setiap kali kalah dalam satu-satu perlawanan atau pertempuran, kita akan menyalahkan individu tersebut kerana telah menghantar mesej atau panggilan di waktu yang salah.

Jadi dengan mod yang diperkenalkan di dalam Honor View10, pengguna tidak lagi ‘diganggu’ malah boleh memberikan fokus dan tumpuan yang lebih pada permainan. Tiga mod boleh digunakan antaranya Mod Pintar, Mod Bebas Daripada Diganggu, dan Mengunci Butang Navigasi.

 

Kamera AI – Mengenal Pasti 13 Babak Yang Bersesuaian

Diperkasakan dengan sistem dwi-kamera, Honor View10 merupakan antara telefon yang mampu melakukan zum dengan baik. Gabungan kamera 20MP + 16MP tidak perlu diragu lagi, kerana dengan bantuan AI pengguna kini boleh menikmati hasil gambar yang cantik serta kemas.

13 babak

Selain itu, sistem penggambaran akan mengenal pasti 13 babak atau situasi mengikut kesesuaian. Misalnya mengambil gambar pokok berwarna hijau, kamera akan mencadangkan unit pemproses gambar (ISP) untuk melaraskan warna dan cahaya dengan secukupnya dan hasilnya imej pokok yang diambil tampak lebih realistik.

Contoh hasil gambar

Begitu juga mengambil gambar makanan, sistem ini akan bekerja dan memberikan pengguna gambar makanan yang lebih ‘enak’ untuk dilihat. Oleh itu, pengguna hanya perlu “hala dan tangkap” sahaja.

 

Teknologi Paparan – Resolusi Mantap Dengan Nisbah 18:9

Bermain game pada skrin yang kecil sebenarnya tidak memberikan kepuasan kepada pengguna. Jadi, dengan Honor View10, ia dibekalkan dengan skrin besar 5.99-inci beresolusi FHD+ bersama nisbah paparan 18:9 yang kini menjadi ikutan semasa. Skrin yang memanjang ini lebih mudah digenggam jika dibandingkan dengan skrin tradisional bersaiz sama. Menerusi ketebalan tubuh badan setebal 6.97mm ini, pengguna boleh menggunakan jari untuk menyahkunci peranti tanpa perlu memegang dengan dua belah tangan.

Keseluruhan kemasan yang diberikan pada Honor View10 sekaligus mampu membuatkan hati tertarik bak kata pepatah Melayu “Cinta Pandang Pertama”. Tiada unsur ‘murah’ pada peranti ini, ia dihasilkan sepenuhnya sempurna untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.

 

Honor – Jenama Yang Lebih Dekat Dengan ‘Orang Muda’

Honor yang masih baru dalam industri penghasilan telefon pintar lebih sinonim jika dikaitkan dengan golongan muda-mudi. Jadi, dengan pelaksanaan teknologi terkini, Honor mampu memberikan kandungan dan perkhidmatan yang lebih sesuai kepada golongan ini.

Keterujaan golongan muda dengan jenama DJI, sebuah syarikat yang menghasilkan dron dan kamera kini bekerjasama dengan Honor. Melalui kerjasama ini, peminat Honor kini boleh mendapatkan produk DJI dengan harga lebih murah. Diskaun yang ditawarkan juga hanya eksklusif kepada pelanggan Honor View10.

Kerjasama dengan jenama DJI

Selain itu, Honor turut berkolaberasi dengan permainan mudah-alih terkemuka dunia, Mobile Legends Malaysia dan Singapura. Ini bermakna, peranti Honor View10 sangat sesuai untuk memainkan permainan tersebut. Ia lebih lancar serta optimum, lantas memberikan pengalaman pengguna ke tahap yang lebih tinggi.

Tidak kurangnya, Honor juga sedang merancang untuk bersama dengan GRAB dalam memberikan perkhidmatan perkongsian tunggangan yang lebih menarik kepada pengguna Honor View10.

Dengan kesemua kelebihan yang ditunjukkan Honor View10, pasti ada yang sudah jatuh hati. Apa salahnya laburkan duit dengan cara yang betul tanpa berasa kesal di kemudian hari. Hampir tiada jenama yang setanding Honor daripada segi harga, perkakasan dan kualiti. Di luar sana bukan semua peranti canggih hadir dengan harga mampu milik, jadi dengan Honor View10 ia memerlukan anda untuk membelanjakan hanya RM1,899 sahaja.

 

honor View10 boleh dibeli melalui laman e-dagang seperti di bawah:

 

You might also like