DxoMark : OPPO Reno 10x Zoom Raih Skor Sebanyak 116 Mata – Setanding HUAWEI P30 Pro

DxoMark kini berkongsi skor untuk OPOO Reno 10x Zoom di laman rasmi mereka. Memetik penyenaraian dikongsi, OPPO Reno 10x Zoom berjaya mengumpul skor sebanyak 116 mata – sekaligus meletakkannya setaraf dengan HUAWEI P30 Pro. Pada keupayaan kamera statik, OPPO Reno 10x zoom mencatatkan skor sebanyak 125poin, manakala rakaman video pula mendapat skor sebanyak 100 poin.

DxoMark mengatakan OPPO Reno 10x zoom berupaya menyajikan rakaman terbaik – tidak mengira apa jua keadaannya, baik terang mahupun pada pencahayaan rendah. Pada masa sama, ia juga menawarkan sokangan penstabilan video yang mantap – termasuk fungsi autofokus yang responsif. So, apa pendapat korang mengenai pencapaian ini? Untuk laporan penuh, layari DxOMark.

 

You might also like