
IFA 2018 : Acer Predator XB273K, Nitro XV273K – Monitor Resolusi Tinggi 27-inci Baru
Maju ke depan, Acer nampaknya memperluaskan lagi portfolio permainan Nitro dan Predator dengan memperlihatkan dua buah paparan skrin beresolusi 4K terbaru, iaitu Acer Predator XB273K dan juga Acer Nitro XV273K di IFA 2018.
Difahamkan, saiz paparan bagi kedua-dua produk baru ini adalah sama iaitu bersaiz 27 inci dan mempunyai resolusi 4K (3840×2160) yang amat besar selain memberi pengalaman permainan yang tiada tandingannya!
Acer Predator XB273K
- Hadir dengan kadar refresh 144Hz yang pantas dan memberikan imej yang hebat.
- Dilengkapi bersama teknologi G-SYNC NVIDIA yang menghasilkan permainan yang lebih lancar.
- Reka bentuk Acer ErgoStand – Beri kebebasan kepada pengguna untuk memusing, memutar dan menyesuaikan ketinggian bagi keselesaan maksimum.
Acer Nitro XV273K
- Dilengkapi dengan AMD Radeon FreeSync dan nilai sela-masa serendah 1ms bagi memberikan pengalaman permainan yang licin.
- Dilengkapi dengan pelarasan warna 6-paksi bersepadu yang membolehkan pemain menyesuaikan warna dan ketepuan untuk penyesuaian permainan dengan mudah.