IFA 2018 : Acer Swift 5, Laptop 15 Inci Paling Ringan Di Dunia

Di acara IFA 2018 yang berlangsung di Berlin , Acer memperkenalkan pelbagai komputer riba dan monitor baru termasuklah Acer Swift 5 yang dipertingkatkan secara radikal.

Acer Swift 5 (SF515-51T) hadir dengan bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD dan berat kurang daripada 1 kilogram seterusnya menjadi komputer riba 15 inci yang paling ringan di dunia.

Acer Swift 5
Acer Swift 5
Acer Swift 5

Acer Swift 5 dibina menggunakan aloi magnesium-lithium yang menjadikan ia kuat dan ringan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 dan i5 generasi ke-8, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD yang cukup pantas.

Pada masa sama, siri komputer riba Acer Swift 3 juga telah disegarkan dengan paparan 13.3 dan 14 inci yang datang dengan bilah lebih langsing menjadikan peranti lebih bergaya.

Acer Swift 3 dilengkapi dengan siri CPU Intel Core generasi kelapan bersama-sama ciri yang membolehkannya disambungkan ke internet menggunakan sambungan 4G/LTE.

You might also like