Acer Siri Orion Sedia Untuk Pengemaskinian NVIDIA GeForce RTX

Susulan daripada pelancaran kad grafik NVIDIA GeForce RTX, Acer Malaysia menyatakan bahawa bakal mengemaskini sistem desktop permainan Predator Orion yang menampilkan kad grafik baharu tidak lama lagi.

Pihak Acer memberitahu pengemaskinian itu dilaksanakan pada siri Orion 9000 , Orion 5000 , dan Orion 3000 yang mana mereka akan memuatkan komputer desktop tersebut dengan pilihan kad grafik seperti NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti dan RTX 2080 apabila berada di pasaran tempatan.

GeForce RTX 2080 Graphics Card
Predator Orion 3000
Predator Orion 5000
Predator Orion 9000

Dalam pada itu, pihak Acer turut memaklumkan bahawa spesifikasi tepat, harga, dan ketersediaan untuk ketiga-tiga produk baharu itu mungkin berbeza mengikut pasaran masing-masing.

Baca Juga:

Untuk mengetahui mengenai ketersediaan, spesifikasi produk dan harga di pasaran tertentu secara lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Acer.

 

You might also like