Acer Predator Orion 5000 & Acer Nitro 50 – Dua CPU Terbaru Acer Ditawarkan Pada Harga Bermula RM4,239

Sebelum ini Acer pernah melancarkan Predator Orion 9000 untuk pasaran tempatan! Terbaru, Acer telah membawa masuk Predator Orion 5000 yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core TM i7-8700 generasi ke-8, storan sebesar 64GB DDR4 yang dipadankan dengan NVIDIA GeForce GTX 1070 GPU. Jadi, pemain boleh menguasai dunia baru mereka melalui kualiti gambar beresolusi tinggi, selain menawarkan prestasi permainan yang ekstrem serta pengalaman VR.

Dengan adanya teknologi IceTunnel 2.0 Acer yang memisahkan zon suhu berbeza sistem secara pintar, di mana setiap satunya mempunyai saluran aliran udara tersendiri untuk mengeluarkan haba. Reka bentuk panel hadapan yang berlubang-lubang dengan penapis habuk membolehkan Predator Orion 5000 menyedut udara yang tinggi, dan dalam masa sama menapis habuk.

Predator Orion 5000 menawarkan pilihan lengkap untuk permainan video dengan chasis yang menarik. Chasisnya yang boleh diubah suai membolehkan pemain untuk menaik taraf CPU, GPU, RAM dan storan menerusi panel-panel sisi yang mudah dibuka. Panel tingkap sisi yang besar dan jernih menyerlahkan kuasa yang ada di dalamnya. Selain itu, anda memantau electromagnetic interference (EMI) agar sentiasa berada di tahap terbaik.

Lebih istimewa, Predator Orion 5000 didatangkan dengan papan kekunci Predator USB Flare dan tetikus. Ditawarkan pada harga RM7,899, ia boleh didapati mulai pertengahan Julai 2018 di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Acer Nitro 50

Direka untuk bermain permainan video pada harga mampu milik, Acer Nitro 50 dikuasakan oleh pemproses Intel Core TM i7 generasi ke-8, DDR4 RAM sebesar 64GB dan dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX 1050 bagi menawarkan prestasi bermain permainan video luar biasa serta tugasan-tugasan melibatkan grafik.

Menariknya CPU ini, ia mampu memainkan video beresolusi 4K dan menyokong empat paparan pada satu-satu masa untuk permainan video yang lebih mengasyikkan. Dengan storan sehingga 1TB HDD dan 128GB SSD, menyimpan fail-fail beresolusi tinggi bukan lagi satu masalah.

Malah sokongan pengecasan tanpa wayar adalah satu bonus untuk mengecas peranti mudah alih ketika bermain. Ditawarkan pada harga RM4,239, Acer Nitro 50 didatangkan bersama kekunci dan tetikus tanpa wayar Acer dan boleh didapati pada penghujung Julai 2018 di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

You might also like