Khabar Angin: Fungsi Papan Kekunci & Sokongan Android Wear Untuk Google Assistant

headerTeknologi kecerdasan buatan (AI) semakin meluas digunakan di dalam peranti ketika ini, salah satu AI yang popular sekarang ini adalah Google Assistant yang dilengkapkan pada peranti Google Pixel dan Pixel XL.

Menurut laporan pengguna yang mendapat akses versi Beta Google Assistant, tidak lama lagi Google akan menyertakan fungsi papan kekunci virtual dan juga sokongan Android Wear ke dalam perisian Google Assistant.

1Versi Beta 6.10 mungkin akan menampilkan sedikit perubahan kepada antaramuka Google Assistant, dilaporkan bahawa versi terbaru ini akan mempunyai butang dengan ikon papan kekunci dan kotak untuk menaip teks. Kami sangat mengalu-alukan fungsi ini kerana ada ketikanya kita lebih suka menaip dari memberikan arahan suara kepada smartphone.

Bagi pemilik jam tangan pintar dengan sistem operasi Android Wear pula, tidak lama lagi anda mungkin akan dapat melancarkan Google Assistant melalui jam tangan anda. Di dalam perisian versi beta ini, terdapat kod perisian yang menunjukkan fungsi “Search Gesture” untuk Android Wear di mana ia membolehkan pemilik jam tangan melancarkan Google Assistant melalui gesture tertentu ke atas skrin jam tangan.

You might also like