Huawei Merupakan Jenama Paling Meningkat Naik Di Malaysia – YouGov BrandIndex

Tahniah! Tahniah kepada 10 jenama yang tersenarai dalam ranking tahunan YouGov BrandIndex di Malaysia.

~ Huawei sekali lagi menambah pencapaian cemerlang kepada portfolionya dengan menjadi jenama yang paling meningkat naik
~ WhatsApp pula merupakan jenama yang mendahului ranking tahunan YouGov BrandIndex di Malaysia berturut-turut 3 tahun.

 

YouGov BrandIndex mengukur persepsi orang ramai terhadap jenama setiap hari merentasi pelbagai langkah, ranking tahunan ini disusun menggunakan skor Buzz dari seluruh 52 minggu pada tahun lepas. Skor Buzz akan mengukur sama ada orang ramai telah mendengar apa-apa yang baik atau buruk mengenai jenama sepanjang dua minggu sebelumnya.

WhatsApp, perkhidmatan pemesejan juga mendahului senarai 2015 dan 2016 dan tahun ini menerajui kedudukan yang diwakili dengan baik oleh jenama pengguna digital. Rangkaian sosial Facebook berada di tempat ke-3, platform penstriman YouTube di ranking ke-6 dan iPhone Apple di tempat ke-8.

Laman e-dagang Lazada telah meningkatkan kedudukan dari tangga ke-6 pada 2016 ke tangga ke-2 pada 2017. Dalam senarai yang dikuasai oleh jenama global, satu pengecualian yang ketara ialah Maybank telah berada di tangga ke-4.

Selain senarai keseluruhan, YouGov BrandIndex juga mendedahkan sepuluh jenama yang paling meningkat naik di Malaysia berdasarkan kepada jenama yang telah mencapai peningkatan terbesar dalam skor buzz mereka sepanjang tahun 2017.

Pengeluar Huawei mengalami peningkatan yang paling besar dalam skor Buzz sepanjang 2017, iaitu meningkat sebanyak +9.4 mata sepanjang 12 bulan yang lalu. Pengeluar peranti Nokia pula berada di tempat ke-2 (+7.6), Lazada di tempat ke-3 (+7.2), manakala restoran McDonald’s di kedudukan ke-4 (+6.6) dan pengeluar kereta Honda di tempat ke-5 (+5.0).

 

Anda Perlu Tahu…

YouGov BrandIndex menemu bual ribuan pengguna setiap hari, menghasilkan lebih daripada 6 juta temu bual setiap tahun. Para responden dipilih daripada panel dalam talian yang terdiri daripada 4 juta pengguna di seluruh 32 buah negara. YouGov BrandIndex kini merangkumi 294 jenama di Malaysia.

 

Sumber: BrandIndex

 

You might also like