Calpis Membawakan Suara Penyanyi Yuna Ke Dalam Aplikasi Navigasi Waze

1Selaku pengeluar minuman susu kultur yang pertama di Jepun, Calpis telah melancarkan suara penyanyi dari Malaysia iaitu Yuna buat pertama kalinya di dalam aplikasi navigasi popular Waze.

Kini anda boleh memuat turun dan menggunakan suara penyanyi tempatan yang telah menempa nama di persada antarabangsa. Pengalaman navigasi menggunakan Waze akan menjadi lebih menarik kerana arahan suara navigasi akan menampilkan suara Yuna yang disampaikan dalam nada yang lebih berirama. Ini sekaligus membolehkan pengguna jalan raya lebih memberi tumpuan terhadap arahan suara yang disampaikan dan secara tidak langsung memastikan pemanduan yang lebih selamat di musim perayaan ini.

2Untuk menggunakan arahan suara navigasi daripada Yuna, pengguna peranti Android dan juga iOS boleh memilih ‘Menu’, klik pada ‘Settings’, kemudian pilih menu ‘Sound’ dan seterusnya pilih ‘English (UK) – Yuna | Calpis’.

Bersempena dengan musim perayaan ini juga, Calpis turut meraikannya dengan minuman susu kultur terbaru keluarannya yang diperkenalkan dalam perisa anggur. Ia akan diperkenalkan dalam dua saiz berbeza iaitu 350ml dan juga 1L, bagi membantu pemandu kekal segar ketika memandu. Perisa terbaru ini merupakan tambahan kepada dua perisa sedia ada sebelum ini iaitu Original dan juga Mangga.

 

You might also like