
OPPO Umum Kehadiran Model F1 Plus Edisi FC Barcelona
Selepas memperkenalkan Edisi FC Barcelona untuk model R7 Plus pada tahun lepas, nampaknya baru-baru ini OPPO telah mengumumkan pula model F1 Plus Edisi FC Barcelona yang dikatakan akan mula berada di pasaran tempatan pertengahan bulan Julai ini.
Sebagaimana warna kelab bola sepak FC Barcelona, F1 Plus edisi khas ini tampil dengan skim warna biru dan merah. Selain itu, ia juga menawarkan ciri-ciri unik seperti cetakan logo kelab daripada saduran emas 18K dan juga kemasan antaramuka dengan tema FC Barcelona.
Lebih menariknya, pakej pembelian turut disertakan sekali dengan sarung eksklusif yang tampil dengan tandatangan menggunakan cetakan laser oleh lima orang pemain terbaik kelab FC Barcelona iaitu Lionel Messi, Neymar, Luis Suárez, Ivan Rakitić dan Andrés Iniesta. 
Buat masa ini tiada harga didedahkan untuk model OPPO F1 Plus Edisi FC Barcelona.

