Telefon Pintar Swafoto Neffos C7 Akan Dijual Pada Harga RM599 Mulai 5 Februari 2018

Neffos C7

Kemunculan tahun 2018 ini bakal menyaksikan kemunculan model terbaru keluaran Neffos iaitu C7 yang memfokuskan aspek penggambaran swafoto. Selain itu, Neffos C7 ini turut menampilkan rekaan premium dengan pelbagai ciri-ciri berkualiti pada harga yang mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna di negara ini.

Neffos C7 menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan paparan HD IPS, dikuasakan dengan pemproses lapan teras dari MediaTek MT6750, dan juga pengimbas cap jari yang sangat pantas pada panel belakangnya. Pengalaman penggambaran utamanya tampil dengan sokongan lensa beresolusi 13 Megapiksel.

Neffos C7

Pengguna boleh memiliki Neffos C7 ini pada harga RM599 mulai 5 Februari 2018 ini melalui pembelian dalam talian di Lazada Malaysia. 50 pembeli terawal akan turut menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM149. Selain kemunculan Neffos C7, Neffos Malaysia turut memperkenalkan peranti terbarunya iaitu model C5A untuk pasaran tempatan.

Neffos C5A

Apa yang lebih menariknya, Neffos menjanjik  an perkhidmatan lepas jualan yang sangat baik melalui program jaminan waranti selama dua tahun untuk semua model keluarannya. Malah Neffos turut menawarkan servis isu mekanikal serta teknikal, dan juga penukaran unit baru sekiranya peranti yang dimiliki rosak dan tidak boleh dibaiki dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian.

You might also like