Aahhhh …. Sony Xperia 5 Akan Dijual Mulai 1 November 2019 Pada Harga RM3,399

Selepas bertemu di acara IFA 2019 September yang lalu, Sony Xperia 5 akhirnya melanda di pasaran tempatan mulai 1 November 2019!

Hurray~~ peranti eksklusif berskrin 6.1 inci Full HD+ OLED Display di bawah sokongan 21:9 CinemaWide ini akan dijual pada harga RM3,399. Terdapat 4 pilihan warna iaitu Biru, Merah, Hitam dan Kelabu dan boleh didapati melalui Sony Stores KLCC dan Curve, Sony Store Online serta Sony Centres terpilih.

Berita baik ini juga disertai dengan promosi Early Bird, yang mana setiap pembelian Sony Xperia 5 layak mendapat WH-H900N h.ear on 2 Wireless Noise-Cancelling Headphones (Twilight Red/Moonlit Blue) yang bernilai RM1,159 secara PERCUMA, sementara stok masih ada.

Jadi peminat Xperia yang menunggu lama, jangan lupa tarikh tau! 1 November!

Nak tahu spesifikasi Sony Xperia 5, boleh baca di artikel bawah:

IFA 2019: Sony Perkenal Xperia 5 Tampil Rekaan Elegan Dengan Spesifikasi Menakjubkan!

You might also like