
Maxis hari ini mengesahkan bahawa rangkaian mereka kini sedang tergendala dan pengguna Hotlink tidak boleh membuat panggilan telekomunikasi. Maxis juga memaklumkan bahawa mereka kini sedang giat melakukan baik-pulih bagi mengembalikan liputan seperti sedia kala.

Sejumlah pengguna mendakwa mereka tidak boleh membuat panggilan, tambah nilai, semak baki, dan lain-lain. Ada juga yang tidak dapat mengakses internet, tetapi kami bernasib baik kerana masih lagi boleh membuka media sosial dan membuka pelayar.
Semalam, pengguna U Mobile menghadapi masalah yang hampir sama apabila rata-rata pengguna termasuk kami sendiri tidak mendapat liputan dalam masa beberapa jam.

