[Perhatian] Gangguan Perkhidmatan Pada Celcom Atas Penambahbaikan Sistem Bil

Celcom Axiata Berhad akan menjalankan penambahbaikan sistem bilnya dengan gabungan pelbagai sistem bil sedia ada kepada satu sistem bersepadu dalam tempoh penambahbaikan ini. Sepanjang tempoh penambahbaikan, pelanggan akan berhadapan dengan gangguan perkhidmatan seperti berikut:

Ahad, 20 Mei 2018 dari 8.00 pagi sehingga Isnin, 21 Mei, 6.00 pagi – perkhidmatan yang tidak disediakan pada tempoh ini:-
  • Kesemua saluran pembayaran tidak disediakan sementara waktu. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan talian. Namun begitu pelanggan prabayar masih boleh membuat transaksi tambah nilai.
  • Pelanggan tidak dapat mengakses Online Customer Service, Celcom Business Portal, Celcom Online Store dan Apilkasi Mudah Alih.
  • Pendaftaran talian pascabayar yang baru dan Kemudahalihan Nombor (Mobile Number Portability -MNP) akan disediakan, namun semua permohonan hanya akan diproses pada 21 Mei, mulai jam 6.00 pagi. Manakala pengaktifan talian prabayar boleh dilakukan melalui saluran pengedar Celcom di sepanjang tempoh naiktaraf tersebut.
  • Permohonan untuk menukar pelan, pertukaran kad SIM dan langganan Perkhidmatan Nilai Tambah tidak disediakan untuk sementara waktu.

Isnin, 21 Mei – gangguan perkhidmatan seperti berikut:-
  • Pelanggan pascabayar tidak dapat menerima panggilan dan pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh maksimum 15 minit, di antara pukul00 – 6.00 pagi.
  • Pelanggan pascabayar yang menggunakan perayauan antarabangsa di luar negara tidak dapat menerima panggilan dan SMS dalam tempoh sehingga empat jam daripada pukul 4.00 – 8.00 pagi (waktu Malaysia). Namun begitu, pelanggan di Malaysia dan juga luar negara masih boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS dan menggunakan data di sepanjang proses naiktaraf tersebut.
  • Panggilan masuk dan penerimaan SMS akan kembali seperti sediakala selepas tempoh naiktaraf tersebut. Sekiranya berlaku kemungkinan di mana pelanggan menghadapi gangguan perkhidmatan selepas tempoh naiktaraf, mereka dinasihatkan untuk menghidupkan semula peranti mudah alih mereka.
  • Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan, Celcom Axiata Berhad berkata penaiktarafan tersebut telah dirancang dengan teliti dan dijadualkan dalam tempoh yang seuai untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Celcom atau dail 1111 dari talian Celcom dari dalam negara, atau *123# dari luar negara, atau 019-601 1111 dari mana-mana operator telekomunikasi yang lain untuk bercakap dengan Konsultan Perkhidmatan Pelanggan kami.

 

 

You might also like