
Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai vivo V9 yang bakal hadir dengan dua pilihan warna baharu iaitu Velvet Red dan juga Sapphire Blue.
Kini bermula 7 Mei sehingga 25 Mei 2018, vivo Malaysia telah membuka pra-tempahan kedua-dua warna ini eksklusif di Lazada. Bagi warna Velvet Red tempahan bermula 7 Mei sehingga 11 Mei 2018. Manakala untuk warna Sapphire Blue pula 7 Mei sehingga 25 Mei 2018.
Lebih istimewa, setiap pelanggan yang membuat tempahan akan mendapat kotak hadiah, satu tahun perlindungan skrin dan juga berpeluang untuk memenangi headphone terbaru keluaran JBL iaitu T450 bernilai RM139.
vivo V9 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto, yang mana kamera hadapan menyokong lensa 24 Megapiksel + AI Beauty. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 626, peranti ini telah dioperasikan dengan FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo serta menawarkan storan 64GB dengan RAM 4GB.
Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

