Xiaomi Mi A3 Kini Rasmi Di Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga Bermula RM899

Berita baik buat peminat setia Xiaomi, syarikat tersebut kini muncul dengan pendatang baru iaitu Xiaomi Mi A3. Untuk pengetahuan semua, peranti ini ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 4GB + 64GB pada RM899 dan 4GB + 128GB berharga RM999.

Xiaomi  Mi A3 membawakan paparan skrin bersaiz 6.088” AMOLED HD+  dengan rekaan Dot Drop Display. Peranti ini dibina dengan dimensi sebanyak 153.48mm x 71.85mm x 8.475mm dan berat hanya 173.8g membuatkan ia terasa selesa ketika dipegang.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 665 dan disokong persediaan memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB ROM. Bagi sistem operasi, ia menggunakan Android One.

Bagi kamera, ia menyertakan tiga kamera utama dengan lensa 48MP (f/1.79) + 8MP(f/2.2) + 2MP(f/2.4) dan kamera selfie sebesar 32MP (f/2.0). Bateri disertakan adalah sebesar 4,030 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Untuk sistem keselamatan, ia hadir dengan  pengimbas cap jari dalam skrin dan pengecaman wajah sebagai alternatif.

Bagi yang berminat, peranti ini didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu More than White, Kind of Grey dan Not just Blue. Ketersediaan bermula 3 Ogos 2019 menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee & pengedar sah Mi Store. Happy shopping!

You might also like