
Seiring pelancaran Xiaomi Mi A3 di pasaran tempatan, syarikat berkenaan turut memperkenalkan gelang tangan pintar mereka iaitu Mi Smart Band 4 . Ia hadir dengan penawaran ciri menarik yang pastinya memberi kepuasan berganda kepada si pemakai.

Dengan rekaan serba moden dan kemas, Mi Smart Band 4 menyokong paparan bersaiz 0.95 inci full colour AMOLED touch display (120×240 piksel). Ia menyertakan sokongan kalis air sehingga 5 ATM – sekaligus membolehkan pengguna memakainya untuk aktiviti berenang.
Lebih menarik, Mi Smart Band 4 dilengkapi bateri 135mAh dan menawarkan ketahanan bateri sehingga 20 hari untuk sekali pengecasan. Seperti biasa, Mi Smart Band 4 juga disertakan dengan sensor denyutan nadi untuk membaca tekanan jantung.


Kepada yang berminat, Mi Smart Band 4 boleh didapati pada harga RM149 bermula hari ini secara eksklusif menerusi beberapa saluran termasuk Lazada, Shopee dan Mi Store berdekatan. Maklumat lanjut, layari Xiaomi Malaysia.

