Raikan Bulan Ramadan & Hari Raya Bakal Tiba Dengan ‘honoraya’!

Sempena dengan sambutan bulan Ramadan dan juga Hari Raya yang bakal tiba, honor Malaysia hari ini telah mengumumkan promosi ‘honoraya’. Tidak perlu menunggu 1 Jun 2018 untuk menurunkan harga, kini ada boleh membeli tiga telefon pintar paling mendapat sambutan dengan harga promosi.

Bermula 24 Mei 2018, anda boleh mendapatkan telefon pintar honor 9 Lite berharga RM659 (RRP: RM749), honor 7X RM849 (RRP: RM 899) serta honor View 10 RM1,799 (RRP: RM1,899).

Promosi ini berlangsung hingga 28 Mei 2018 di kedai atas talian honor di Shopee serta sehingga 1 Jun 2018 di Vmall. Lebih menarik, terdapat juga jualan kilat bermula 30 Mei sehingga 1 Jun 2018 di Vmall, anda boleh mendapatkan telefon pintar pada harga serendah RM10, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman rasmi honor Malaysia atau Facebook honor Malaysia.

You might also like