- Iklan -

Pandang Pertama! Pengumuman Harga Honor 6X

Honor Malaysia meneruskan usaha mereka menawarkan peranti terkini pada harga yang jauh lebih rendah dari pesaing. Model terbaru mereka, Honor 6X merupakan sebuah smartphone yang dilengkapi kamera dwi-lensa berserta tambah baik pada pemproses dan juga kapasiti bateri.

Kamera belakang Honor 6X dilengkapi sensor 12MP dan 2MP yang menawarkan fungsi wide aperture, sekaligus menghasilkan kualiti imej yang lebih baik dan juga membolehkan anda mendapatkan efek bokeh yang artistik. Sensor 12MP bertanggungjawab di dalam komposisi imej, manakala sensor 2MP mengesan kedalaman subjek di dalam viewfinder. Hasilnya, setup dwi-lensa ini mampu memberikan kualiti dan efek yang jauh lebih baik berbanding setup kamera tradisional.

Dari segi pemprosesm Honor 6X dilengkapi cip Kirin 655 Octa-core 16nm yang menawarkan 65% lebih prestasi tanpa perlu menggunakan kuasa yang tinggi. Selain itu anda juga boleh memilih variasi Honor 6X yang terdiri daripada 3GB + 32GB atau 4GB + 64GB (RAM + ROM). Dengan spesifikasi yang disebutkan ini, Honor 6X mampu memberikan prestasi pemproses yang cukup baik dan stabil.

Komponen kuasa pada peranti ini juga telah ditambah baik dengan model ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 3340mAh yang mampu memberikan masa operasi dari 1.5 hari (penggunaan berat) sehinggalah 2.15 hari. Bukan sahaja menawarkan bekalan kuasa yang besar, Honor 6X juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas untuk memudahkan hidup anda.

Honor 6X akan mula dijual secara rasmi pada 17 Februari 2017. Honor juga mengumumkan pra-tempah peranti ini sudah pun dibuka melalui laman DirectD yang seterusnya akan membawa anda ke stor Lazada DirectD untuk proses pra-tempah. Bagi 50 penempah pertama, anda akan menerima hadiah bernilai RM 249 terdiri daripada turbine earphone, casing dan juga baucer RM 100 untuk petrol.

 

Harga Jualan Honor 6X

Honor 6X Harga
3GB RAM + 32GB ROM RM 1,199
4GB RAM + 64GB ROM RM 1,399

 

Spesifikasi

Dimensi & Berat 150.9 x 76.2 x 8.2mm & 162g
Paparan 5.5 inci, 1920 x 1080p, 403ppi
Sistem Operasi Huawei EMUI 4.1
(Dengan rancangan kemas kini EMUI 5 pada suku tahun ke 2)
Pemproses Huawei Kirin 655, Octa-core
Memori 3GB RAM + 32GB ROM
4GB RAM + 64GB ROM
Kamera Utama: 12MP + 2MP, f/0.95
Hadapan: 8MP
Sambungan MicroUSB, Audio jack 3.5mm
Wi-Fi 802.11 b/g/n, 204GHz, Bluetooth 4.1, GPS
Bateri 3440mAh
Warna Gray / Gold

 

 

You might also like