
Wow Cun..Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Merah Jambu?
Sedia maklum, Samsung kini dalam persiapan akhir untuk Samsung Galaxy Unpacked 2019 – bakal memperkenalkan siri Samsung Galaxy Note 10 mereka. Pelbagai desas-desus berkaitan peranti ini semakin kerap kedengaran sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Samsung Galaxy Note 10 mungkin ditawarkan dalam pilihan warna merah jambu. Memetik beberapa sumber, imej pengolokan memaparkan model tersebut dalam warna merah jambu kini tersebar meluas.

Bukan suatu hal yang terlalu mengejutkan kerana Samsung sudah acap kali hadir dengan penawaran warna yang menarik seperti ini untuk pasaran terpilih. Sekadar flashback, Samsung menawarkan warna Cardinal Red untuk siri Samsung Galaxy S10 di pasaran Eropah. Oleh itu, berkemungkinan strategi yang sama bakal dilakukan sekali lagi untuk pemasaran model kali ini.

Samsung bakal memperkenalkan siri Samsung Galaxy Note 10 pada 7 Ogos 2019 (Malaysia : 8 Ogos 2019 / 4 pagi ) dalam acara Samsung Unpacked yang dijadualkan berlangsung di New York. Sama-sama kita lihat, apakah penawaran istimewa Samsung untuk kali ini!
[SUMBER]

