
Black Shark 2 Pro Diperkenal – Snapdragon 855+ Sebagai Tunjang Utama & Memori 12GB RAM
Sekian lama mengusik, akhirnya Black Shark 2 Pro diperkenalkan secara rasmi kepada umum. Peranti ini dilihat menerima penambahbaikan bersama penawaran reka bentuk menarik dengan dua lampu RGB tambahan pada panel belakang.

Black Shark 2 Pro membawakan paparan bersaiz 6.39 inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Enjin dalaman diperkasa oleh Snapdragon 855+ dan pilihan memori adalah 12GB RAM serta storan sehingga 256GB (berasaskan UFS 3.0). Penambahbaikan lain termasuk sistem penyejukan turut dikemas kini bagi pengurusan haba yang optimum.


Bagi kamera, Black Shark 2 Pro dilengkapi dwi kamera utama dengan lensa 48MP (f/1.75) dan 12MP (f/2.2) – bersama kamera selfie sebesar 20MP (f/2.0). Kapasiti bateri pula sebesar 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 27W.


Sekadar makluman, Black Shark 2 Pro dikatakan berjaya mencatat sebanyak 500,610 mata pada ujian antutu – merupakan skor paling tertinggi setakat ini. Peranti ini ditawarkan untuk pasaran China pada harga :
- Blackshark 2 Pro (12GB+128GB) – RMB 2,999 (kira-kira RM1,797)
- Blackshark 2 Pro (12GB+ 256GB) – RMB 3,499 (kira-kira RM2,096)

