
Xiaomi Mi Max Menerima Kemas Kini Android Nougat
Xiaomi Mi Max sebuah peranti phablet bersaiz 6.44 inci telah menerima kemas kini Android 7.0 bermula di negara Greece bersama-sama kemas kini keselamatan bulan Mei. Buat permulaan model RAM 3GB sahaja yang menerimanya dan bagi model RAM 4GB masih lagi tidak dikeluarkan. Namun, Xiaomi masih belum menyediakan kemas kini versi MIUI 8.5.1.0 Global ini kepada pengguna di Malaysia.
Kepada anda yang setia menggunakan jenama Xiaomi, peranti phablet Mi Max 2 sudahpun dilancarkan pada 25 Mei lepas, ia menawarkan pengalaman hiburan lebih baik dengan kehadiran sistem pembesar suara stereo.