Xiaomi Bakal Hentikan Kemas Kini MIUI Untuk 6 Telefon Pintar Ini?!

Telefon pintar Xiaomi sememang sangat diminati oleh pengguna Andriod kerana menawarkan spesifikasi baik pada harga mampu milik. Bukan itu sahaja, Xiaomi juga menjadi pilihan pengguna hari ini kerana menjanjikan kemas kini naik taraf untuk keluaran mereka termasuk model lama.

Namun begitu, menurut laporan dari laman rasmi BGR, terdapat ura-ura mengatakan pembangun tidak lagi akan mengemas kini MIUI enam telefon pintar keluaran Xiaomi.

Xiaomi Redmi Note 3

Model yang dimaksudkan adalah :

  • Xiaomi Redmi Note 3 Pro
  • Xiaomi Redmi Note 3
  • Xiaomi Mi 5
  • Xiaomi Mi 4
  • Xiaomi Mi 4C
  • Xiaomi Mi 4S

Difahamkan lagi, Xiaomi Mi 5 dan Redmi Note 3 Pro hanya akan menerima MIUI 10.2. Sementara itu, Xiaomi Mi 4, Mi 4S serta Mi 4C pula akan menerima kemas kini MIUI 10.1 buat kali terakhir pada Januari 2019. Ini bermakna, model-model yang disebutkan ini tidak lagi menikmati kemas kini MIUI 11.

Laporan tersebut turut menyenaraikan 20 telefon pintar Xiaomi akan menyokong kemas kini MIUI 10 untuk peringkat yang seterusnya….

Xiaomi Redmi 5 Plus
  • Xiaomi Mi Max 2
  • Xiaomi Mi 4s
  • Xiaomi Mi 4c
  • Xiaomi Mi 5s
  • Xiaomi Mi 5s Plus
  • Xiaomi Mi Max
  • Xiaomi Mi 4
  • Xiaomi Mi Max Prime
  • Xiaomi Redmi 5A
  • Xiaomi Redmi 4
  • Xiaomi Redmi 4A
  • Xiaomi Redmi 4X
  • Xiaomi Redmi Note 5A
  • Xiaomi Redmi Note 4
  • Xiaomi Redmi Note 5A
  • Xiaomi Redmi Note 4X
  • Xiaomi Redmi Note 4 (MediaTek)
  • Xiaomi Redmi Pro
  • Xiaomi Mi Note 3
  • Xiaomi Redmi 5 Plus

[SUMBER]

You might also like