

Berita baik lagi kepada semua pengguna Celcom! Di atas kerjasama bersama OPPO Malaysia, kini anda boleh dapatkan peranti OPPO R17 Pro yang baru sahaja dilancarkan pada 22 November lepas.
Kini anda boleh miliki R17 Pro yang mana hadir dengan rekaan premium serta memfokuskan kepada penggambaran malam, hanya serendah RM123 / sebulan di bawah pelan First Platinum Plus 188 melalui EasyPhone Own. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Celcom.
Sementara itu, Seng Heng dan juga SenQ turut menawarkan tambahan setahun bagi OPPO R17 Pro berharga RM112.46 / sebulan selama 24 bulan dengan IPP 0%. Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah HARI INI sehingga 30 November 2018 di semua cawangan Seng Heng dan SenQ di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, anda juga berpeluang untuk mendapatkan jam tangan pintar Neo Smartwatch berharga RM389 secara PERCUMA.

