Pengguna Android Dan iOS Akan Dapat 157 Emoji Baru Tahun Ini

Unicode Consortium yang bertanggungjawab menghasilkan emoji untuk platfom Android dan iOS mengumumkan bahawa pada tahun ini mereka bakal mengeluarkan sebanyak tidak lebih 157 emoji baru. Dalam masa dua bulan lagi mungkin syarikat ini akan mengeluarkan senarai akhir emoji-emoji yang akan digunakan kelak.

Menariknya pada emoji 11.0 ini, pengguna boleh mengubah gaya rambut dan warna pada beberapa emoji seperti rambut kerinting, rambut berwarna putih, rambut merah mahupun tidak berambut (botak). Terlalu banyak untuk disenaraikan tetapi di dalam video di bawah anda boleh melihat beberapa emoji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Sumber

You might also like