
Sebuah syarikat yang terkenal dengan penghasilan peralatan gaming telah menawarkan Razer Phone di pasaran tempatan dengan tanda harga RM3,299.
Tidak lama selepas dijual, harga telefon pintar ini telah diturunkan menjadi RM2,899 yang dijual di Lazada. Terkini, kepada yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki Razer Phone, eRing rasa inilah masa yang sesuai untuk anda membelinya.
Harga yang ditawarkan oleh G Store dari Lazada adalah terendah setakat ini iaitu RM2,808. Peranti yang dijual ini merupakan set import dan segala urusan waranti hendaklah dibuat melalui G Store sendiri.
Razer Phone yang dicipta khusus untuk gaming dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM setinggi 8GB lantas prestasinya tidak perlu diragukan lagi.

