MWC 2018: ASUS ZenFone 5 Lite, Lebih Lengkap Bersama 4 Kamera

Selain pengenalan peranti berprestasi tinggi ZenFone 5Z/5, pihak ASUS tidak lupa juga memperkenalkan varian mampu milik mereka, iaitu ASUS ZenFone 5 Lite.

Peranti mampu milik ini menggunakan pemproses Snapdragon 630 atau 430, menawarkan RAM 4GB dan ruangan storan 64GB. Dibekalkan bateri berkapasiti 3300mAh seperti ZenFone 5Z/5. Sokongan pengimbas cap jari dan Face Unlock turut disediakan dalam ZenFone 5 Lite. Malah, NFC juga boleh didapati dalam peranti ini.

Tampil dengan paparan skrin 6 inci IPS dengan nisbah 18:9, beresolusi FullHD+. Walaupun diketengahkan pada peranti mampu milik, tetapi ZenFone 5 Lite masih sempat mengikuti trend masa kini dengan menawarkan 4 kamera padanya.

Dwi-kamera pada panel belakang dan depan jelas menunjukkan peranti ini lebih mensasarkan kepada kaki penggambaran, ini kerana kedua-dua kameranya menyokong lensa 120º wide angle. Kamera utama beresolusi 16 Megapiksel, sementara kamera depan beresolusi 20 Megapiksel.

Ketiga-tiga peranti ZenFone 5 dijangka akan memasuki pasaran mulai March 2018 untuk model ZenFone 5 Lite, seterusnya April untuk ZenFone 5 dan Jun untuk ZenFone 5Z.

Adakah pasaran Malaysia juga akan mengikut jadual yang diberitahu oleh pihak ASUS? Kita nantikan perkembangan selanjut sahaja dari mereka ya!

You might also like