
Berita baik buat peminat Vivo yang ingin memiliki peranti Vivo Y15 akan tersedia untuk pembelian secara eksklusif dengan pelan Digi Postpaid 58 plan pada hanya RM299 dari 27 Jun. Pelan ini menawarkan panggilan tanpa had dan sehingga 25GB internet dengan hanya RM58.
Vivo Y15 ini pastinya sebuah peranti ini menakjubkan khususnya dari aspek bateri apabila ia menawarkan 5000mAh kapasiti bateri. Jadi anda tiada masalah ketika bermain game, menonton video atau mendengar muzik.
Spesifikasi dalaman peranti ini juga sangat baik apabila ia hadir dengan Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0. Aspek memori juga boleh tahan apabila ia tampil dengan 4GB RAM dan 64GB ROM.
Paparan peranti ini juga adalah baik apabila ia dihadirkan dengan 6.35 inci Halo FullView Display pastinya akan memberikan kepuasan paparan kepada pengguna.
Aspek kamera juga tidak dilupakan apabila ia hadir dengan AI tri-kamera di bahagian belakang iaitu 13MP(Kamera Utama) + 8MP (sudut lebar) + 2MP(Depth). Kamera hadapan juga adalah sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 16MP.
Dihadirkan dengan 2 warna iaitu Aqua Blue dan Burgundy Red pasti memukau mata yang memandang.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang Vivo atau Facebook Vivo.