Google Akan Menghentikan Sokongan Chrome Untuk Windows XP, Vista dan OS X Bermula April 2016

google-chrome1Sebelum ini Google pernah mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan sokongan Chrome untuk platform Windows XP sehingga tahun 2015, dan meminta penggunanya untuk mengemaskinikan platform tersebut ke versi yang lebih terkini. Berdasarkan kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Google akan menamatkan aplikasi Chrome untuk lebih banyak platform yang sudah boleh dianggap ‘outdated’ seperti Windows XP, Windows Vista, Mac OS X 10.6, Mac OS X 10.7 dan juga Mac OS X 10.8 bermula April 2016 nanti. Keputusan ini diambil memandangkan kesemua platform ini tidak lagi menerima sokongan aktif daripada Microsoft dan juga Apple.

Meskipun begitu, selepas daripada tarikh tersebut, platform yang telah dinyatakan ini masih boleh digunakan seperti biasa tetapi tidak akan menerima sebarang kemas kini fungsi terbaru dan kemas kini keselamatan.

You might also like