Toshiba Terpaksa Mengurangkan Tenaga Kerja Sebanyak 5% Selepas Mencatat Kerugian

1069
- Iklan -

toshiba_logo_200px_redPada 21 Disember yang lalu, Toshiba Corp mengumumkan yang mereka bakal mencatat kerugian pada tahun ini menjelang pengumuman rasmi kewangan dan bercadang mengurangkan tenaga kerja mereka sebanyak 5%. Langkah yang bakal diambil itu akan menyebabkan 6,800 pekerja bahagian elektronik hilang pekerjaan sekaligus membawa angka total lebih 10,000 pekerja yang dibuang sepanjang 2015. Selain itu Toshiba juga akan menjual kilang pemasangan TV di Indonesia dalam usaha mereka untuk mengembalikan kestabilan kewangan dalam syarikat itu.