Telekom Malaysia Memeterai Perjanjian Dengan Kerajaan Malaysia Dalam Pembangunan Servis Internet

1542
- Iklan -

tm_logoTelekom Malaysia (TM) telah mengumumkan dua perjanjian kerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam membangunkan dua servis internet iaitu High Speed Broadband Project Phase 2 (HSBB 2) dan Sub-Urban Broadband Project (SUBB) yang akan melihatkan TM memberi akses fibre-to-the-home (FTTH), Ethernet-to-the-home (ETTH) dan teknologi VDSL2 pada kawasan yang terbabit.

Melalui projek tersebut 420,000 premis akan menerima servis baru dan naik taraf servis sedia ada seperti peningkatan dalam kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Projek yang dijangka menelan belanja keseluruhan RM 1.8 bilion akan menerima sumbangan sebanyak RM 500 juta dari kerajaan dan baki selebihnya akan ditanggung TM.