

Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka dunia fotografi, Sony. Kini Sony mengumumkan kamera kompak terbaharu dan yang paling kecil dalam barisan kamera mereka iaitu Sony RX0 II bakal memasuki pasaran Malaysia.
Apa yang menariknya, Kamera ini dihadirkan dengan saiz yang sangat kecil iaitu 59mm x 40.5mm x 35mm dan berat hanyalah 135g sahaja. Dikhabarkan ia merupakan kamera kompak paling kecil di dunia.
Dari aspek spesifikasi pula, ia disertakan dengan sensor berlapis iaitu Exmor RS CMOS 1.0 inci dan pemproses imej BionzX yang mampu menghasilkan gambar yang menarik pada resolusi 15.3MP. Turut disertakan dengan lensa 24mm dengan bukaan lensa F4. Ia pasti boleh mengambil gambar sepantas 1/32000 saat dan rakaman terus sebanyak 16FPS. Pastinya kamera ini mampu melakukan rakaman video beresolusi 4K pada kadar 30FPS per frame.

Ia juga disertakan dengan sistem penstabilan yang mampu memastikan anda merakam video tanpa gegaran serta hasil rakaman adalah cukup tajam.
Jika dilihat dari aspek ketahanan juga, kemera ini tidak mengecewakan apabila rangka badan kamera ini adalah kalis air sehingga kedalaman 10 meter dan mampu bertahan jika jatuh pada ketinggian 2 meter. Ia juga mampu bertahan pada tekanan seberat 200kg.
Kamera Sony RX0 II ini bakal menjengah pasaran Malaysia pada bulan Mei. Buat masa ini harga bagi kamera ini belum diketahui lagi.

