Ceriakan Kerja Harian Dengan Koleksi Parti 2016 Dari Logitech

Mouse PartyLogitech Malaysia baru-baru ini telah melancarkan siri terbaru tetikus mereka yang penuh warna-warni, dikenali sebagai Koleksi Parti 2016. Dinamakan Logitech M238 Wireless ia tampil dengan rekaan yang pasti menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.

Tetikus Koleksi Parti 2016 direka untuk menceriakan tugasan harian yang dijalankan bersamanya. Ia memiliki corak yang jarang dilihat pada tetikus yang ada di pasaran hari ini. Terdapat enam corak tetikus Koleksi Parti 2016 yang terdiri daripada Gorilla, Flamingo, Cocktail, Toucan, Spaceman dan juga Popsicles.

medium03_meitu_4Tetikus wayarles Logitech M238 ini berhubung dengan alat penerima USB bersaiz nano, yang tidak mengganggu apabila dicucuk ke port USB. Malah, ia juga boleh disimpan di dalam tetikus jika tidak digunakan. Bukan itu sahaja, baterinya pula menggunakan satu bateri jenis AA, yang boleh bertahan sehingga 12 bulan sebelum ditukar. Selain boleh berhubung sehingga 10 meter, Logitech M238 Wireless mampu beroperasi dengan Windows, Mac OSX, Chrome OS dan Linux.

Logitech M238 Wireless dijual pada harga RM 69 termasuk GST. Ia didatangkan bersama jaminan setahun dan boleh dibeli dari pengedar sah Logitech di seluruh Malaysia.

 

You might also like